Bukan pasal Pre-Law aku nak celoteh,aku nak cerita pasal junior aku,dengar cerita mereka kerek. Pada mulanya aku percaya jugak. Yelah,nak back-up senior la katakan,aku pun terus membuta-tuli percaya. Banyak jugak cerita yang aku dengar pasal dia orang,siap ada yang kata,dia orang ni siap buat page "anti-senior". Siapa tak menyirap kalau dengar,naik darah aku sebab dengar cerita-cerita mengarut macam ni.
Last-last aku tengok junior ni semua baik-baik belaka,siap bertegur lagi. Yelah mula-mula tak bertegur mungkin bersebab,mungkin dia orang malu,segan,tak kenal or apa-apa faktor yang boleh menyebabkan mereka untuk tidak bertegur. Mereka tak kerek manapun, senior-senior sila jangan buat onar tentang junior,mereka baru lagi dan mungkin manja sikit tu yang korang nampak macam junior ni kerek.
Antara faktor-faktor yang MUNGKIN menyebabkan senior menggelarkan junior ni semua kerek:
- dia orang nak usha awek junior tak dapat dan mula sebarkan fitnah
- dendam yang lama ingin diungkit
- ramai junior berasal dari bandar,so mereka samakan pelajar-pelajar ni dengan orang lain
- nak kan populariti dengan tabur fitnah
- mungkin takut populariti mereka(senior) tercalar
p/s: Kalau nak famous sangat pergi join Akademi Fantasia takpun Akademi Al-Quran confirm nama korang kejap je popular. Renung-renungkan dan selamat beramal.
No comments:
Post a Comment