Friday, August 26, 2011
Internet Protocol
Setiap pengguna yang menggunakan Internet akan memperolehi satu IP setiap sesi Internet yang digunakan. Seperti Streamyx, ia menggunakan "Direct IP" kepada pengguna secara dinamik mahupun statik. Bagi pengguna P1 dan Broadband mempunyai IP yang berkumpulan/"Sharing IP" dengan setiap pencawang tetap menyimpan Data IP Workgroup dengan login Account bagi setiap pengguna Broadband dan P1. Setiap IP yang dinamik (berubah-ubah) juga disimpan rekod penguna dengan jangka masa yang panjang.
Internet Protocol (IP) adalah metode atau protokol untuk mengirimkan data ke Internet. Setiap komputer (biasanya disebut host) dalam internet setidaknya harus mempunyai sebuah alamat IP yang unik yang mengidentifikasikan computertersebut terhadap komputer yang lainnya.
IP address boleh diumpamakan sebagai nombor plate kenderaan. Jadi jika terjadi kes langgar lari/rompakan/samun/jenayah. Orang awam akan mengingati nombor plate kereta berkenaan, dan akan disemak pendaftarannya. Begitu juga jika sebarang jenayah siber, pihak berkuasa akan menyemak IP tersebut dan didaftarkan dibawah account internet penjenayah terbabit.
Perkara ini yang menyebabkan seseorang hackers akan tumpas kerana dapat dikesan IP miliknya, dan diorang akan buka rekod pendaftaran account yang diisi pengguna sewaktu ianya didaftarkan keatas no kad pengenalan pengguna.
Cara nak tengok IP korang sendiri bukak ni: http://whatismyipaddress.com/
Tuesday, August 23, 2011
Komputer Dan Virus
Virus komputer adalah suatu program komputer yang menduplikasi atau menggandakan diri dengan membuat salinan ke dalam media penyimpanan / dokumen serta ke dalam jaringan secara senyap tanpa pengetahuan pengguna komputer tersebut. Kesan daripada virus komputer ialah muncul pesanan aneh sehingga komputer anda menjadi hang. Virus juga mampu menghapuskan file atau dokumen kita.
Tanda-Tanda Komputer Kita terkena Virus:
- Komputer berjalan lambat dari normal
- Sering keluar pesanan eror atau pelik
- Perubahan pada komputer
- Komputer akan restart sendiri atau crash ketika sedang berjalan.
- Muncul tulisan aneh
- Komputer hang atau berhenti merespon.
- Harddisk tidak boleh di-access
- Printer atau hardware lain tidak dapat diguna walaupun tiada masalah pada hardware dan software driver.
- Hilangnya beberapa fungsi dasar komputer.
- Komputer berusaha menghubungkan diri dengan internet atau jaringan tanpa disuruh.
- File yang kita simpan di komputer atau media penyimpanan hilang begitu saja atau disembunyikan virus.
Contoh Penyebaran Virus:
-Media Penyimpanan (disket, flashdisk, harddisk eksternal, zipdisk, cd, dvd, bluray disc, cartridge, dan lain sebagainya)
-Jaringan lan, wan, man, internet juga turut menyumbang kearah pembiakan virus. File attachment atau file lampiran pada email.
-File software yang mempunyai virus.
-Meng-Install sesuatu program yang mengandungi virus.
Antara contoh Virus:
Trojan : sebuah program yang memungkinkan komputer kita dikontrol orang lain melalui jaringan atau internet.
Spyware : aplikasi yang membocorkan data informasi pemilik komputer kepada pihak luar tanpa kita sedari. Biasanya digunakan oleh pihak pengiklanan.
Wednesday, August 17, 2011
Operating System a.k.a O.S.
Apa itu Operating System? Secara ringkas ianya dikenali sebagai OS, dan membawa maksud Sistem Pengoperasian. Windows XP adalah sejenis OS, begitu juga denganWindows Vista dan Windows 7, dan akan datang Windows 8. Kesemuanya datang dari keluarga Windows NT. Selain daripada Microsoft Windows yang anda kenali, terdapat juga OS lain seperti Unix yang selalu dijalankan di server; Mac OS X yang dijalankan pada komputer Apple; serta Linux seperti Ubuntu, Fedora, dan Knoppix.
Dalam sebuah komputer, OS berfungsi sebagai perantara untuk software dan hardware. Ia juga bertanggungjawab dalam mengagihkan sumber komputer – seperti memori dan CPU – kepada setiap aplikasi yang dijalankan.
Katakanlah, jika anda sedang menaip surat menggunakan Microsoft Word dan apabila anda ingin mencetak dokumen tersebut, OS akan bertanggungjawab untuk menyampaikan arahan dari Microsoft Word (software) kepada printer (hardware). Interaksi lazim antara software dan hardware ini diuruskan oleh OS supaya aplikasi tersebut tidak perlu menguruskannya sendiri, sekaligus memudahkan seseorang programmer menjalankan sesuatu aplikasi.
Sunday, August 14, 2011
Hack
secara ringkas hack membawa maksud godam atau secara lebih tepatnya menggodam sesuatu. hackers boleh diketegorikan kepada dua jenis secara amnya iaitu, Black Hat dan White Hat Hacker. untuk White Hat, meraka menjalankan tugas mereka dengan melindungi sesuatu sistem, dimana ianya bertentangan dengan Black Hat. Bagi Black Hat Hackers pula, mereka lebih mmenitik beratkan gerak geri mereka ke arah pencerobohan terhadap sesuatu sistem. Cracker pula merupakan seorang yang menggodam masuk ke sisitem orang lain dan lebih bersifat pemusnah,dan biasanya di sesawang/jaringan komputer, mereka mem"bypass" password atau melepasi sekuriti sesebuah sesawang/program. Defacer ialah seseorang yang mengubah Homepage bagi web seseorang dan mereka berupaya untuk mengaksess dan men"delete" data-data yang terkandung dalam sesawang seseorang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
