Wednesday, June 15, 2011

Betul Ke?

Entry kali ini aku nak cerita pasal  ke"halal"an BARBICAN yang korang gembar gemburkan.

Barbican adalah diantara minuman kegemaranku ketika ber"shisha". Kalau tak dapat kira tak sempurna aku hisap shisha tu. Tak kesahlah harga dia RM7.50-RM10.00 per bottle,yang penting aku puas ketika melayan shisha dinikmati bersama Barbican.

Aku start layan benda ni semua start aku habis SPM,kira barula jugak berkecimpung dalam dunia shisha dan barbican ni. Rasa dia ok je. Boleh tahan la. Sepanjang pengalaman aku minum tak pernah pula rasa "high" atau khayal,so bagi aku ianya tidaklah memabukkan.

Berdasarkan article yang aku baca dari Fikri Adhiey,status ke"halal"an bir halal berjenama Barbican diragui,kerana terdapat segelintir manusia mabuk ketika menelannya. Berdasarkan kajian makmal yang dilakukan(menurut beliau),kandungan alkohol dalam minuman tersebut melepasi tahap piawaian yang dibenarkan. Ini bermakna status ke"halal"an bir halal ini masih lagi samar-samar dimata pengguna bir halal jenama Barbican. Walaupun digembar-gemburkan dengan fakta yang sukar untuk dipercaya,status bir halal ini belum lagi diputuskan lagi oleh JAKIM(berdasarkan article mynewshub.my).

p/s:Aku berharap sangat agar status bir halal ni dikekalkan kerana melayan shisha tak "masyuk" kalau tak diiringi bersama Barbican.

No comments:

Post a Comment